Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Kebenaran Tentang Paracetamol (Ubat Demam)

Paracetamol (atau dalam nama kimianya acetaminophen) diedarkan di hospital dan klinik sebagai ubat demam dan selesema atau ubat tahan sakit tahap sederhana (sakit kepala contohnya) dan diedarkan di hampir kesemua kedai farmasi di seluruh negara. Diperkenalkan sejak 1886, paracetamol diterima bercampur-campur dengan kecaman di kalangan doktor perubatan.

1. Paracetamol Adalah Selamat
Jumlah maksimum paracetamol disarankan adalah 2x500mg bagi selang masa empat jam. Secara teorinya, paracetamol adalah selamat (jika mengikut preskripsi) kepada semua peringkat umur dengan kesan sampingan yang hampir tiada. Dengan kualiti perubatan masa ini, tiada masalah kematian dan keracunan paracetamol dicatatkan sekurang-kurangnya semenjak 10 tahun lalu.

2. Risiko Penggunaan Paracetamol
Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.

Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.

3. Jenama Komersial Paracetamol
Calpol, Disprol, Panadol, Panaleve.

4. Kemaskini Dos Terbaru Terhadap Kanak-kanak
Diedarkan kepada media United Kingdom pada Jun 2011, preskripsi dos umum kepada kanak-kanak kini dispesifikkan bagi memudahkan ibu-bapa dan doktor dalam menetapkan dos tepat dengan kadar keberkesanan paracetamol yang lebih efektif mengikut lingkungan umur dan bilangan dos dibenarkan.

Bayi (120 mg/5ml)
Digunapakai sekarang:
3 bulan dan kebawah: 2.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
1-6 tahun: 5-10 ml, 4 kali dalam 24 jam.

Preskripsi terbaru 2011:
3-6 bulan: 2.5ml dos, 4 kali dalam 24 jam.
6-24 bulan: 5ml, 4 kali dalam 24 jam.
2-4 tahun: 7.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
4-6 tahun: 10 ml, 4 kali dalam 24 jam.

6 Tahun Keatas (240/250 mg/5ml)
Digunapakai sekarang:
6-12 tahun: 5-10ml, 4 kali dalam 24 jam.

Preskripsi terbaru 2011:
6-8 tahun: 5ml, 4 kali dalam 24 jam
8-10 tahun: 7.5ml, 4 kali dalam 24 jam.
10-12 tahun: 10ml, 4 kali dalam 24 jam.

5. Ingatan Kepada Pengguna
Maklumat Paracetamol, faedah dan risiko ini sebenarnya diketahui kesemua doktor tetapi sebagai pengguna, pengetahuan ini tidak pernah sampai kepada kita. Dengan maklumat ini harapnya kita lebih tahu dan lebih bertanggungjawab dalam mendapatkan perubatan terbaik terutama kepada mereka yang mengalami masalah buah pinggang, pesakit asthma dan sesiapa yang tanpa sedar telah menggunakan paracetamol secara berleluasa (paracetamol terlalu mudah didapati).

Hanya Perlu Percaya dan Anda Akan Sihat

Placebo (Latin = Saya akan okay), adalah satu cara perubatan menggunakan bahan tidak aktif sebagai ubat atau cara merawat masalah kesihatan pesakit. Umumnya mengetahui, placebo adalah satu bukti mencapai kesihatan hanya dengan berfikir secara positif.

Ini bererti placebo adalah satu kaedah menipu pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan (etika perubatan mengarahkan sesetengah pesakit diberitahu tentang pil placebo yang diambil, jika ada), tetapi terbukti berkesan dan boleh menyembuhkan pesakit. Malah, dalam banyak kes, placebo masih menunjukkan tahap keberkesanan yang menakjubkan (1 daripada 3 pesakit) walaupun pesakit telah dimaklumkan tentang..


"hari ini awak ambil pil gula placebo, ubat ini bertanda placebo, placebo bermaksud ini bukan ubat ini hanya pil samaran tanpa sebarang ubat, tetapi harap awak sihat."

1. Jenis-jenis placebo:
Placebo bukan bermaksud pil sahaja. Placebo boleh juga bermaksud 'perubatan olok-olok' seperti diet, senaman, terapi fizikal, malahan pembedahan. Kesan placebo (= placebo effect) dirangsang oleh kepercayaan pesakit terhadap amalan perubatan yang diberi serta kepercayaan pesakit terhadap kemampuan diri sendiri untuk sembuh dan sihat.

2. Khayalan minda, sakit dan sembuh:
Jika seseorang sembuh selepas mengambil rawatan/ubatan olok-olok, adalah logik jika dikatakan penyakit yang dialami pesakit juga sebenarnya khayalan/was-was pesakit sahaja. Namun, kajian menunjukkan sebaliknya. Ini berlaku kerana sakit yang dialami juga sebenarnya banyak terjadi hasil dari keadaan psikologi pesakit. Contohnya: Stress (psikologi) adalah penyebab bagi sakit fizikal peningkatan darah tinggi, hypertensi kronik adalah faktor bagi sakit jantung dan lain-lain.

Jika minda boleh mendatangkan penyakit, minda juga boleh menjadi punca penyembuhan.

3. Faktor placebo berfungsi dengan baik:
a) Jika pil placebo (keadaan fizikal) kelihatan seperti ubat sebenar dan ditampilkan sebagai sejenis ubat, kemungkinan untuk pesakit mempercayai pil placebo mengandungi ubat adalah lebih tinggi. Keadaan ini juga kadangkala menjadi faktor terhadap mengapa sesetengah pesakit diarah mengambil dos pil placebo yang lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sama tahap kerana pesakit tersebut percaya makan ubat lebih banyak  maka akan cepatlah sembuh. Untuk kesan lebih dramatik, placebo melalui suntikan jarum diakui amat berkesan.
b) Perangai pesakit: Jika pesakit mempercayai bahawa kaedah rawatan yang diambil pasti berkesan, kemungkinan untuk pesakit sembuh adalah lebih tinggi.
c) Hubungan doktor dan pesakit: Jika doktor berjaya membuat pesakit percaya (eg: doktor ini pakar, doktor ini terkenal), kemungkinan untuk pesakit sembuh melalui kaedah placebo adalah lebih tinggi.

4. Contoh-contoh placebo:
a) Bawang putih lebih berkesan melawan virus (eg: selesema) berbanding Vitamin C, namun kepercayaan pengguna terhadap Vitamin C lebih tinggi, jadi Vitamin C menjadi amat mujarab.
b) Kebanyakan doktor akan memberi pil placebo bagi menghilangkan sakit kepala yang dialami pesakit.
c) Bomoh dan pawang adalah bukti wujudnya placebo yang amat berkesan.

Namun, contoh placebo diatas berkesan merawat sakit biasa-biasa sahaja. Ilmu perubatan moden masih diperlukan bagi perawatan tahap serius seperti pembedahan.

5. Contoh kajian positif placebo:
a) Placebo berjaya (59% pulih secukupnya) mengurangkan rasa kerengsaan/gatal/iritasi akibat bowel syndrome.
b) Scan otak dalam kajian penggunaan placebo positron emission tomography (PET) terhadap rasa panas (eg: simulasi air panas kopi) menunjukkan otak tertipu dan merembeskan opioids, sejenis bahan kimia yang melegakan kesakitan yang selalunya dikeluarkan oleh badan.

    Arkib blog (Artikel Kesihatan) blog.khaltamarplus.com

    Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam: Perhatian Kepada Si Kurus

    Obesiti (Kegemukan) hampir secara totalnya dikenalpasti melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk/obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, BMI tidak dikira secara tepat, tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

    1. Lemak Dalam Badan
    Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.

    Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi 'gemuk di dalam' juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung. Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.

    Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap 'kegemukan' harus dirombak semula.

    2. Gemuk Dari Dalam
    Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.

    Dikenali sebagai golongan "Tofi" - thin outside, fat inside.

    3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
    Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut/membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.

    Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.

    4. Berita Baik
    Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.

    5. Kebaikan Senaman
    Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga.
    - Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif.
    - meningkatkan stamina/fit.
    - meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.

    Busy? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.

    Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu memasukkan senaman sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.

    Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

    Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

    Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol
    Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

    1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
    Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

    2. Mengubah Pemakanan
    Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

    3. Senaman Dan Latihan Fizikal
    Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

    Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
    Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

    1. Makanan Yang Anda Beli
    - beli banyak makanan proses dan makanan segera
    - beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
    - beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

    2. Apa Yang Anda Makan
    - makan banyak makanan goreng
    - suka makanan berkrim dan dicurah sos
    - makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

    3. Cara Hidup Anda
    - telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
    - tidak bersenam secara berkala
    - suka merokok

    Memahami Kolesterol
    Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

    Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

    Dimana Asalnya Kolesterol
    Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

    Jenis-Jenis Kolesterol
    Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

    1. VLDL
    Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

    2. LDL
    Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

    3. HDL
    Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

    Bagaimana Kolesterol Berfungsi
    Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

    1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
    Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

    2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
    VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

    3. Sebahagian LDLs Terperangkap
    Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

    4. HDLs Menyelamatkan LDLs
    HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

    5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
    Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

    Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
    Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

    1. Ujian Kolesterol
    Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



    2. Bilangan Kolesterol
    Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



    3. Maksud Bilangan Kolesterol
    Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.

    Hantar Artikel Anda | BLOG Kesihatan Khaltamarplus

    Mahu menghantar artikel kepada BLOG Kesihatan Khaltamarplus? Anda dialu-alukan untuk berkongsi artikel anda dengan kami. Sesiapa sahaja asalkan artikel anda mestilah asli, tidak pernah disiarkan di tempat lain dan berkisar tentang kesihatan (sesuai disiarkan di sini). Tulis artikel anda, tekan butang hantar dan kami di Perniagaan Khaltamarplus akan review terlebih dahulu sebelum artikel anda disiarkan di BLOG ini untuk selama-lamanya selagi blog ini wujud.

    Nama/ Nickname:
    E-mel (Jika Ada):
    Bio/ Tentang Diri (Jika Ada):
    Link Avatar/ Gambar Anda (Jika Ada):
    Link Web/ Blog (Jika Ada):
    Tajuk Artikel:
    Artikel Anda:

    * Klik hantar, page baru akan muncul, masukkan nombor captcha jika diminta. Sending.. Sent! dan klik continue.

    Petua: Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

    Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

    Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

    1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
    Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

    2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
    Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

    3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
    Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

    4. Picit/ Urutan kepala
    Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

    5. Meditasi/ Tidur
    Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

    Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

    1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
    Bahan-bahan
    - Segenggam Asam
    - Secawan Santan

    Cara-caranya:
    - Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
    - Lumurkan keseluruh kepala
    - Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
    - Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

    2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
    Bahan-bahan:
    - Daun bunga raya

    Cara-caranya:
    - Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
    - Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

    3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
    Bahan-bahan:
    - Daun Lemuni

    Cara-caranya:
    - Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
    - Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
    - Amalkan 2-3 hari.

    4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
    Bahan-bahan:
    - Diri Sendiri

    Cara-caranya:
    - Senaman ringan.
    - Duduk dan luruskan kaki.
    - Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

    5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
    Bahan-bahan:
    - Laptop

    Cara-caranya:
    - Login facebook
    - Lihat ruangan chat
    - Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang

    Anda Moody? Emosional? - Kurang Gula Membahayakan

    Sad Sink (brandongreer)
    Dalam sehari, mood anda tidak tetap. Sekejap ceria dan penuh bertenaga, sekejap muram tidak bermaya seperti mayat hidup.

    Tahu kenapa? Semuanya berkaitan gula. Ramai antara kita yang menghidapi masalah moody sebegini, dan kebiasaannya normal kecuali ada ketikanya, kadang-kadang golongan ini sakit kepala, ketar-ketar, kelihatan pucat dll kerana mereka ini lapar..

    Sedekad lalu, diagnosis kepada masalah ini dinamakan hypoglycemia (kurang gula dalam badan), punca kepada masalah lupa, tekanan (depression), terjerit-jerit sendirian, dan makan banyak makanan manis. Disebabkan hal pesakit yang tidak menentu, ini adalah sejenis diagnosis yang tidak digemari oleh doktor perubatan.

    Namun kini, penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada 'sesuatu' yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda 'terlebih alert', anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda sendiri.

    Lupakan tentang kemasyuran dalam kulinari, apa yang badan mahukan hanyalah hancurkan semua, gaul dan menyerap segala nutrien diperlukan supaya mampu dibawa darah seterusnya sampai ke sel-sel badan. Gula dalam darah (glukosa) menyediakan tenaga agar otak dapat berfungsi, jantung dapat terus mengepam, dan lain-lain organ dan otot terus berfungsi dengan baik. Jadi tidak hairan, keadaan ini memerlukan sistem hormon yang kompleks, dalam mengawal julat normal gula dalam badan. Kedua-dua hormon, insulin dan glucagon berupaya memastikan imbangan gula walaupun anda terlepas makan tengahari ataupun bekerja sepanjang hari.

    Namun, anda boleh mengganggu sistem hormon dengan hanya terlebih makan makanan berkarbohidrat tinggi (gula-gula, kek, soda, wafer sirap dan termasuklah roti putih, bagel, jus oren dll). Makan terlebih makanan manis, gula dalam badan akan meningkat mendadak. Dan bagi mengimbangi hal ini, insulin akan dirembesken pankreas secara berlebihan juga. Semakin banyak gula anda telan, semakin tinggi kebarangkalian bagi badan menghasilkan insulin berlebihan.

    Keadaan tidak normal sebegini memungkinkan insulin bertindak berlebihan, mengurangkan gula dari kadar sepatutnya. Hal ini kemudiannya mendorong tindakbalas kimia lain bagi menaikkan semula kandungan gula (eg: adrenalin yang dirembes ketika kecemasan). Apa yang anda buat hanyalah makan separuh kek manis semasa parti, dan kini anda berada dalam siren, degupan jantung laju, berpeluh sejuk, seperti ada seseorang mahu membunuh anda.

    Badan anda tidak gemar kepada kekurangan gula, kerana otak memerlukan gula berpanjangan untuk terus berfungsi. Jika otak terganggu, segalanya akan rosak. Sekali badan menerima amaran kandungan gula rendah dan bertindak dalam mod panik, keadaan kecemasan ini akan berterusan sekurang-kurangnya setengah jam. Tidak kisahlah jika anda kemudiannya cuba memakan makanan lain, anda perlu menunggu tindakan hormon panik hilang untuk kembali mendapat keadaan badan normal.

    Badan nampaknya mempunyai sistem gila dalam mengelakkan kekurangan gula. Namun, melalui pemakanan berkarbohidrat yang betul dan sedikit perubahan pada diet, anda mampu mengelakkan tragedi diatas.

    1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
    Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.

    Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.

    Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.

    2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
    Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.

    Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.

    3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
    Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.

    4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
    Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

    5. Beri Perhatian
    Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
    (a) mengandung dan menderita perasaan takut
    (b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).

    Jadi pemeriksaan doktor berbaloi dilakukan segera tidak kira betapa sibuk jadual harian anda.

    Kesedaran: Wujudnya Mitos Kesihatan Di Kalangan Pengguna

    2 of 2nd 365 (dumbledad)
    Artikel ringkas tentang informasi kesihatan yang tidak benar, berlegar dalam hampir keseluruhan pengetahuan pengguna akibat iklan berterusan pengeluar makanan pelbagai jenama dalam menarik pembeli dan pelbagai faktor lain:

    1. Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan
    Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

    "Never give up on yourself.. and your family"

    "Never give up on yourself or your family."
    ~ Joe Spring, Eight Days to Live (TV 2006)

    Stress (Tekanan): Terkawal Mahupun Memudaratkan

    Hidup moden penuh dengan kesibukan, tarikh akhir, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin, memberi upaya untuk seseorang untuk melakukan yang terbaik dan berjaya. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tertekan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya.

    Cara Makan Sunnah Nabi SAW, Sebahagiannya Kuno Tetap Logik Secara Saintifik

    Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

    Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

    Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

    1. Jangan Makan/Minum
    Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
    Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

    Good Card, Bad Card - Identify Your Habit For Better

    Ever played this simple card game? Usually out of those from attending motivation seminar and so. This game Good Card Bad Card proved boring if you played by yourself alone yet if you do it in group, you tend to enjoy it. To put more challenge, you are suggested to run this game Good Card Bad Card among strangers. The key for the game to work (benefit you) is your honesty alone.

    1. Bad Card First
    Take a blank card (A4 paper or anything), write on your bad habit from the most negative number one to the last number 10 the thing that negatively lesser. Make it as short as possible so that you can easily accept/spot your bad habit of your lifetime.

    eg: 1. Arrogant/Selfish
    2. Lazy (as hell)
    3. Shy (unnecessarily)
    4. Boring (Not so friendly)
    5...
    6...
    7...
    8...
    9...
    10..

    Makesure you put on at least 10 (yup, minimum bad habit should be ten, 1 to 4 are easily to write on, but when you need to agreed up to 10 bad behavior, you tend to be honest. Also, you in the process could easily then accepting your negative side, weighed the bad and sure, agreed to make a change. Let say you only been given 10 minutes (A minute for each bad habit).

    2. After finished, read the Bad Card
    Loudly (with confident). Sure, everybody in the room would Booooo you. But yes, that is what the game aimed for. To show everybody how bad you are. Then, shred the Bad Card and throw it away into the dustbin. Other members do the same. Booo them as well.

    3. Good Card then for the Second
    Put on as much what good about you as you can (Also in 10 minutes timeline). Read it by yourself (silently). Then, keep it inside your pocket (purse etc).

    4. The game finished.

    Moral: Good Card Bad Card game is designed for you to honestly identify your weakness. Agreed that you too have so many weaknesses. But your negative side is not what to keep, throw them all away, make a change for your own good.

    You human is beautiful/perfect with imperfection, but when the imperfect thing is rather unnecessary, you must quickly change it for your own good. Throw them all way. It is much easier for you to change (leave the bad behind) when you really know about it (self aware - you have it).

    PS: You are alarmingly bad if you hardly fill your Good Card in 10 minutes time. Change for good needed.

    Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

    Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

    1. Punca Kencing Manis
    Diabetes berpunca samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan. Hampir setengah populasi yang mempunyai insulin bermasalah tidak pernah didiagnosis.

    Blog Kesihatan Rakan-Rakan Blogger (Capaian Luar)

    Berikut beberapa capaian luar (bermanfaat untuk dibaca) berkaitan kesihatan ditulis oleh blogger lain.

    Buah Pinggang Sihat
    http://www.buahpingangsihat.com


    Anda blogger? Jika mahu blog kesihatan anda disenaraikan seperti 'buahpinggangsihat.com' di atas, sila berikan 1. nama blog dan 2. url blog anda menggunakan ruang komen dibawah. Sila pastikan anda juga meletakkan blog ini...

    Blog Kesihatan KhalTamarPlus
    ► http://www.blog.khaltamarplus.com

    ... di bahagian blogroll anda, di sudut/page yang senang dilihat.