Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol
Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

2. Mengubah Pemakanan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

3. Senaman Dan Latihan Fizikal
Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Dimana Asalnya Kolesterol
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

1. VLDL
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

3. Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

4. HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

1. Ujian Kolesterol
Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



2. Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



3. Maksud Bilangan Kolesterol
Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.

Hantar Artikel Anda | BLOG Kesihatan Khaltamarplus

Mahu menghantar artikel kepada BLOG Kesihatan Khaltamarplus? Anda dialu-alukan untuk berkongsi artikel anda dengan kami. Sesiapa sahaja asalkan artikel anda mestilah asli, tidak pernah disiarkan di tempat lain dan berkisar tentang kesihatan (sesuai disiarkan di sini). Tulis artikel anda, tekan butang hantar dan kami di Perniagaan Khaltamarplus akan review terlebih dahulu sebelum artikel anda disiarkan di BLOG ini untuk selama-lamanya selagi blog ini wujud.

Nama/ Nickname:
E-mel (Jika Ada):
Bio/ Tentang Diri (Jika Ada):
Link Avatar/ Gambar Anda (Jika Ada):
Link Web/ Blog (Jika Ada):
Tajuk Artikel:
Artikel Anda:

* Klik hantar, page baru akan muncul, masukkan nombor captcha jika diminta. Sending.. Sent! dan klik continue.

Petua: Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang

Anda Moody? Emosional? - Kurang Gula Membahayakan

Sad Sink (brandongreer)
Dalam sehari, mood anda tidak tetap. Sekejap ceria dan penuh bertenaga, sekejap muram tidak bermaya seperti mayat hidup.

Tahu kenapa? Semuanya berkaitan gula. Ramai antara kita yang menghidapi masalah moody sebegini, dan kebiasaannya normal kecuali ada ketikanya, kadang-kadang golongan ini sakit kepala, ketar-ketar, kelihatan pucat dll kerana mereka ini lapar..

Sedekad lalu, diagnosis kepada masalah ini dinamakan hypoglycemia (kurang gula dalam badan), punca kepada masalah lupa, tekanan (depression), terjerit-jerit sendirian, dan makan banyak makanan manis. Disebabkan hal pesakit yang tidak menentu, ini adalah sejenis diagnosis yang tidak digemari oleh doktor perubatan.

Namun kini, penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada 'sesuatu' yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda 'terlebih alert', anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda sendiri.

Lupakan tentang kemasyuran dalam kulinari, apa yang badan mahukan hanyalah hancurkan semua, gaul dan menyerap segala nutrien diperlukan supaya mampu dibawa darah seterusnya sampai ke sel-sel badan. Gula dalam darah (glukosa) menyediakan tenaga agar otak dapat berfungsi, jantung dapat terus mengepam, dan lain-lain organ dan otot terus berfungsi dengan baik. Jadi tidak hairan, keadaan ini memerlukan sistem hormon yang kompleks, dalam mengawal julat normal gula dalam badan. Kedua-dua hormon, insulin dan glucagon berupaya memastikan imbangan gula walaupun anda terlepas makan tengahari ataupun bekerja sepanjang hari.

Namun, anda boleh mengganggu sistem hormon dengan hanya terlebih makan makanan berkarbohidrat tinggi (gula-gula, kek, soda, wafer sirap dan termasuklah roti putih, bagel, jus oren dll). Makan terlebih makanan manis, gula dalam badan akan meningkat mendadak. Dan bagi mengimbangi hal ini, insulin akan dirembesken pankreas secara berlebihan juga. Semakin banyak gula anda telan, semakin tinggi kebarangkalian bagi badan menghasilkan insulin berlebihan.

Keadaan tidak normal sebegini memungkinkan insulin bertindak berlebihan, mengurangkan gula dari kadar sepatutnya. Hal ini kemudiannya mendorong tindakbalas kimia lain bagi menaikkan semula kandungan gula (eg: adrenalin yang dirembes ketika kecemasan). Apa yang anda buat hanyalah makan separuh kek manis semasa parti, dan kini anda berada dalam siren, degupan jantung laju, berpeluh sejuk, seperti ada seseorang mahu membunuh anda.

Badan anda tidak gemar kepada kekurangan gula, kerana otak memerlukan gula berpanjangan untuk terus berfungsi. Jika otak terganggu, segalanya akan rosak. Sekali badan menerima amaran kandungan gula rendah dan bertindak dalam mod panik, keadaan kecemasan ini akan berterusan sekurang-kurangnya setengah jam. Tidak kisahlah jika anda kemudiannya cuba memakan makanan lain, anda perlu menunggu tindakan hormon panik hilang untuk kembali mendapat keadaan badan normal.

Badan nampaknya mempunyai sistem gila dalam mengelakkan kekurangan gula. Namun, melalui pemakanan berkarbohidrat yang betul dan sedikit perubahan pada diet, anda mampu mengelakkan tragedi diatas.

1. Mulakan Dengan Sarapan pagi
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna.

Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang.

Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan.

2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang.

Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental.

3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah nin, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam.

4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap keurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dll. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

5. Beri Perhatian
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin:
(a) mengandung dan menderita perasaan takut
(b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal).

Jadi pemeriksaan doktor berbaloi dilakukan segera tidak kira betapa sibuk jadual harian anda.