Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Amalan Khal (Cuka Buah) Dalam Sejarah Dunia

Categories:

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

1. Manfaat Khal Dalam Peradaban Silam Dunia
Penemuan bertulis khal dicatat sekitar 5000 sebelum Masihi, apabila Babylon mula-mula menggunakan tamar (kurma) untuk dijadikan wine dan cuka. Khal ketika itu digunakan sebagai makanan dan pengawet organik. Kesan khal ditemui pada serpihan bekas tinggalan kota Mesir purba sekitar 3000 sebelum masihi. Begitu juga sejarah amalan khal di China sekitar 1200 sebelum masihi.

Pada era peradaban kristian, khal diguna sebagai perasa tambahan dalam makanan, minuman penambah tenaga, dan sebagai ubat-ubatan, seperti tercatat dalam bible perjanjian lama.

Di zaman Greek kuno, sekitar 400 sebelum Masihi, Hippocrates, bapa perubatan moden menggunakan khal bercampur madu untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk demam selesema dan batuk.

2. Khal dan Faedah Ketenteraan
Sejarah amalan khal menyediakan pelbagai contoh penggunaan kepada para pahlawan dan tentera. Khal yang dicairkan telah digunakan sebagai minuman pemberi tenaga (tonik tenaga) kepada tentera berkurun lamanya. Tentera Roman menamakan khal minuman pemulih tenaga sebagai 'posca', dan mengamalkan khal secara berterusan seperti juga samurai Jepun. Tambahan khal dalam air minuman membantu dalam membunuh sebarang bakteria infeksi (jangkitan) kemungkinan wujud dalam badan.

Sepanjang sejarah, sifat antiseptik khal secara semulajadi menyebabkan khal digunakan sebagai pembersih dan disinfektan pada bahagian luka seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Khal
juga diguna dalam Perang Sivil Amerika dan hingga akhir era Perang Dunia Pertama.

3. Penggunaan Luarbiasa Khal
Sekitar 40 sebelum Masihi, permaisuri Cleopatra semasa perayaan menyambut jeneral Rom, Mark Anthony, baginda melarutkan mutiara kedalam cairan khal, sebelum meminum khal tersebut. Sebagai tanda baginda mampu mengadakan pesta mahal hanya untuk mereka berdua.

Pada 1721, wabak Bobonic (Bubonic Plague) menular di Perancis, begitu tragik sehinggakan banyak mayat dibiarkan sahaja di mana-mana tidak dikebumikan. Untuk menyelesaikan masalah ini, penguasa Perancis mengarahkan pesalah yang sedang menunggu hukuman mati untuk menguruskan mayat yang dijangkiti. Ramai banduan mati kecuali satu pasukan pencuri empat orang, mereka terselamat dengan meminum khal bersama bawang putih dalam kuantiti yang banyak dalam sehari.

Dengan merendam span ke dalam khal dan diletakkan di depan hidung semasa berjalan, aristokrat Eropah abad ke-17 dan ke-18 berjaya menghindari bau busuk sampah dan air longkang di jalanan kota.

Artikel Berkaitan:

4 Response to Amalan Khal (Cuka Buah) Dalam Sejarah Dunia

Anonymous
February 17, 2014 at 1:20 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

Anonymous
May 18, 2014 at 6:19 PM

Aku sakit tunit dah bertahun, doktor nak cucuk dlm tumit...akhirnya aku 'try' minum 1 sudu besar cuka epal sebab teringat Rasul S.A.W. suka makan roti dgn cuka.. keesokannya hilang terus sakit tumit aku..Ya Allah hebatnya rahsia Mu...

Anonymous
July 12, 2014 at 12:16 AM

Rahsia khal amat mngkagum kan .... dengan sedikit campuran madu lebah segala bekas parut akibat pmbedahan sembuh ... jutaan terima kasih! !!!

Anonymous
July 6, 2022 at 6:40 PM

urut epal pagi yang baik

Post a Comment