
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.
15 Response to Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat
aku memang bercadang nak turunkan berat badan.. lepas kawin dah mula naik macam tong drum..huhu
camne nak tidur awal.. suami tak kasi :P
ok nanti saya try klau x jadi cam ne...??
Tiada alasan kalau nak kurus, yang penting diri kita sendiri nak atau tidak.
tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143
Rebut peluang Belajar Jadi Sihat dan Cantik bersama Jurulatih Berpengalaman!
Tarikh: Ahad, 9 Nov 2014
Masa: 2.00ptg
Tempat: Space D9 Training Centre, Seksyen 9, Shah Alam
Tempat adalah TERHAD! Sms "SAYA MAHU SERTAI JOM SIHAT & CANTIK" ke 013-4684406 SEBELUM JAM 12 TGH HARI ESOK untuk rebut peluang TIKET PROMOSI!!
nak turunkan berat badan perlu semangat yang kuat sebab serba serbi kena konsisten. Saya pun dalam proses ini juga. Useful tips!!!!
nak turunkan berat badan perlu semangat yang kuat sebab serba serbi kena konsisten. Saya pun dalam proses ini juga. Useful tips!!!!
maklumat yang menarik untuk dibaca, nk kuruskan badan x perlu pun keluarkan duit dengan banyak. banyak cara yang dapat jimatkan duit kita untuk kuruskan badan. tip ini dapat membantu untuk kuruskan badan. kena konsisten amalkannya la.
maklumat yang menarik untuk dibaca, nk kuruskan badan x perlu pun keluarkan duit dengan banyak. banyak cara yang dapat jimatkan duit kita untuk kuruskan badan. tip ini dapat membantu untuk kuruskan badan. kena konsisten amalkannya la.
minum air dengan betul juga penting, minum 30 minit sebelum dan selepas makan, dan kurangkan minum air sejuk :)
www.penapiscoway.net
Hi, tips yang sangat berguna. Seperti saya sendiri untuk terus konsisten melakukan senaman setiap hari adalah amat payah. Bukan setiap hari malah untuk seminggu sekali pun jarang. Jadi saya amalkan dengan menggunakan makanan tambahan yang amat-amat membantu saya dan keluarga kini. Alhamdulillah. Dengan penggunaan makanan tambahan untuk seisi keluarga kini memudahkan saya untuk kekal sihat dan aktif. Tq admin.
Terbaiklah info ni. Thumbs up!!
Mmg kena amalkan pemakanan sihat, dlam kuantiti sederhana. Kurangkan makan makanan berkalori tinggi. Cuma kadang2 tersasar jugak lah utk bersenam seminggu 3 kali tu. hehehe.. and Alhamdulillah berat badan dah berkurang jugak, badan pun terasa ringan selepas saya amalkan STEVIA, ganti gula. Stevia 0 kalori. Jadi ok la kan ;)
And, ada kenal sesiapa yang nak jaga kesihatan, tak nak makan gula tapi suka minuman dan makanan manis? InsyaAllah, saya ada cara bantu mereka menikmati minuman manis tanpa menaikkan kandungan gula dalam darah.
Nak tau lebih lanjut, whatsapp saya di 018-6669390
Very good article.. banyak membantu.
Pendapat saya yang suka makan ni... sy tak control apa benda yang terlintas di kepala nak makan.. tapi dalam jumlah yang sedikit.. makanan kalori tinggi janganlah makan selalu.. kalau dah termakan tu.. sarung kasut.. carik lar padang or taman mana2 pegi berlari.. kan senang tu.. hidup kena balance..
Terima kasih dengan artikel ni. boleh dijadikan panduan untuk blog saya
http://akaknaksihat.blogspot.my/
Penulisan yang baik. Blog pun cantik. Hehe btw, boleh ke blog saya untuk info-info kekal cantik dan slim-melim.
>>> Yang GEMUKK Nak KURUS?! <<<
Post a Comment