Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam: Perhatian Kepada Si Kurus

Categories:

Obesiti (Kegemukan) hampir secara totalnya dikenalpasti melalui ukuran BMI (Body Mass Index). Nilai BMI juga digunakan dalam perubatan dalam mengukur risiko terhadap sakit jantung dan penyakit kronik yang lain. Semakin tinggi nilai BMI anda, semakin tinggi risiko anda. Anda dikira berat berlebihan jika BMI 25-29 dan dikira gemuk/obes jika BMI lebih dari 30. Walaupun BMI dikira berdasarkan berat dan tinggi, BMI tidak dikira secara tepat, tidak membezakan antara otot dan lemak dalam badan.

1. Lemak Dalam Badan
Seorang atlet mungkin mempunyai BMI yang tinggi berbanding manusia lain yang sama saiz kerana otot secara relatifnya lebih berat berbanding lemak dalam badan. BMI tidak semestinya bagus bagi mengukur risiko kesihatan di kalangan orang berumur/senior kerana orang berumur selalunya hilang berat badan hanya melalui pengurangan otot dan jisim tulang berbanding lemak. Hasil Lancet 2006 pula membuktikan bahawa kajian terhadap 0.25 juta responden menunjukkan mereka yang mempunyai BMI rendah biasanya menghadapi risiko lebih tinggi terhadap sakit jantung berbanding orang gemuk.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Jimmy Bell (molecular imaging group, Imperial College London) pula membuktikan orang kurus tetapi 'gemuk di dalam' juga mempunyai risiko yang hampir sama terhadap penyakit seperti orang yang fizikalnya kelihatan gemuk. Sekumpulan doktor ini yang melakukan pemetaan lemak dalam badan mengesahkan bahawa sebahagian kita, terutamanya yang kurus, menyimpan lemak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di dalam dan sekitar buah pinggang, pankreas dan jantung. Hasil ini berlaku berkadaran dengan tabiat semasa pengguna yang gemar menurunkan berat badan melalui diet dan pemilihan bahan makanan berbanding teknik lama, bersenam bagi membakar lemak. Sekitar 45% dari mereka yang mempunyai BMI 20-25 sebenarnya memiliki kandungan lemak dalam badan yang berlebihan, dan 60% lelaki yang ideal BMI, menghidapi keadaan berlebihan lemak ini.

Tanpa petunjuk yang jelas, pengguna dibimbangi terus terperangkap dengan pemikiran: oleh kerana mereka kurus, mereka menganggap diri mereka cukup sihat. Dr. Louis Teichholz menyatakan disebabkan anda memiliki badan tinggi lampai tidak bermakna anda cukup sihat sehingga boleh mengaku anda imun terhadap diabetes mahupun penyakit berkaitan jantung. Keseluruhan konsep terhadap 'kegemukan' harus dirombak semula.

2. Gemuk Dari Dalam
Mereka yang gemuk dari dalam sebenarnya berisiko untuk menjadi gemuk dengan pantas. Benar mereka kurus, namun ini hanyalah kerana lemak terkumpul masih boleh disorok badan, dan kebiasaan mereka yang kurus untuk makan secara tidak sihat adalah tinggi (makanan berlemak dan tinggi gula), menunggu masa sebelum badan mula mengumpul lemak berlebihan di sekitar perut seterusnya gemuk seluruh badan.

Dikenali sebagai golongan "Tofi" - thin outside, fat inside.

3. Badan Slim Tetapi Tidak Sihat
Masih tidak dapat dipastikan tentang risiko sebenar lemak berlebihan yang tidak nampak ini (internal fat), namun teori yang lazim digunapakai adalah lemak dalaman ini mengganggu sistem komunikasi badan. Lemak dalaman ini terkumpul dan menyalut/membungkus organ dalaman menyebabkan badan tersalah hantar arahan kimia bagi mengumpul lemak ke tempat tidak sepatutnya seperti dalam hati dan pankreas seterusnya menggagalkan keberkesanan insulin, meningkatkan risiko berlakunya diabetes jenis 2 dan serangan jantung.

Dengan ini boleh dianggap mereka yang gemuk dan aktif adalah lebih sihat berbanding mereka yang kurus tetapi kurang bergerak. Mereka yang mempunyai berat badan normal namun tidak aktif, tidak fit berhadapan risiko kematian lebih tinggi berbanding orang gemuk yang aktif dan fit. Ini boleh dilihat pada ahli gusti sumo yang memiliki kadar metabolisme lebih baik berbanding kita penonton bersaiz normal kerana mereka hanya menyimpan lemak dibawah kulit sahaja, bukan di sekeliling organ kritikal dan otot.

4. Berita Baik
Penyelesaian terhadap masalah kegemukan dalaman ini boleh diatasi dengan mudah dengan bersenam ataupun meningkatkan kualiti diet seharian. Jika anda hanya mahu kelihatan kurus, kurangkan lemak semata-mata mungkin mencukupi, tetapi jika anda mahu kurus dan sihat, tiada jalan pintas, banyakkan bergerak, gunakan badan anda untuk melakukan senaman.

5. Kebaikan Senaman
Pakar menyatakan senaman 20 minit satu sesi, tiga kali seminggu adalah mencukupi untuk mengurangkan 60% risiko serangan berkaitan jantung sehingga.
- Senaman yang berkesan bukan sahaja membuat anda rasa sihat, juga meningkatkan tona otot, pergerakan darah yang lebih lancar, juga memberi jantung dan paru-paru yang lebih efektif.
- meningkatkan stamina/fit.
- meningkatkan ketahanan psikologi/mental dalam mengharungi stress secara lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri ke tahap yang lebih baik.

Busy? Kurangkan penggunaan kenderaan, berbasikal jika boleh. Juga selalu cari tangga sebagai alternatif berbanding hanya menggunakan lif sepanjang naik turun bangunan. Juga banyakkan minum air kosong.

Mereka yang mementingkan kesihatan bukan hanya perlu menjaga pemakanan, malah perlu memasukkan senaman sebagai rutin hidup, bagi menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalam ke luar badan.

Artikel Berkaitan:

14 Response to Kurus Di Luar Gemuk Di Dalam: Perhatian Kepada Si Kurus

April 19, 2011 at 12:17 AM

salam, artikel yang bagus....
baru tahu pasal gemuk dalaman. Tapi sekarang banyak peralatan senam hanya tumpukan pada kurangkn lemak sahaja betul tak?maknanya mesin2 tu semua hanya kurangkan lemak tapi buat kita tidak sihat...betul ke telahan saya?

July 2, 2011 at 10:21 PM

jom sihat kan badan, kurusssss

sha
March 31, 2012 at 2:07 AM

salam untuk semua….

saya ada plan pemkanan yang amat berguna untuk membantu mengurangkan berat badan mengikut kemampuan masing2 ye….sila call/sms saya untuk penerangan selanjutnya…..

Ina -016-2885776 ataupun
email saya: shasha0376@gmail.com

Anonymous
September 25, 2012 at 3:18 AM

Saya boleh bantu naikkan berat bdn dan sihat tel 0127189971 @ layari www.ainherbalifejb.blogspot.com

June 9, 2013 at 4:41 PM

Saya setuju, selalu kita dengar orang kata, saya kurus dan sihat .. sihat saja , takde masalah so tak payah buat pemeriksaan kesihatan dan supplement kesihatan .. masalahnya masalah dalaman kita tidak tahu dan pemakanan sekarang tak macam zaman dahulu, kini terlalu banyak bahan tiruan dan buatan... lebih baik pencegahan dari mengubatinya...

October 16, 2013 at 7:56 PM

info yang berguna. tak sangka pulak gemuk dari dalam lagi teruk dari gemuk luar. harap-harap saya tak de masalah sebegitu.

November 27, 2013 at 12:46 AM

Kurus tidak semestinya sihat, gemuk bukan beerti tidak sihat. kadang kala, yang kurus juga mempunyai pelbagai penyakit mungkin pengamalan makan yang tidak sihat mahupun faktor keturunan. kadangkala walaupun seseorang tu misalnya mempunyai umur sebenar mengikut tarikh kelahiran sebagai contoh 20tahun , tetapi umur badannya selepas timbang mengunakan internal body calculator adalah 40 tahun.
Melakukan senaman dan pengambilan sayur @ buah amat digalakkan .

Anonymous
February 17, 2014 at 1:16 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

Anonymous
February 17, 2014 at 1:17 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

June 19, 2014 at 1:08 AM

setuju sangat, xsemesti nya kurus anda sihat taw. Kebanyakan yang mati mengejut adalah disebabkan sakit jantung dan kebanyakan mereka dalam golongan yang kurus, jadi xkira gemuk atau kurus kesihatan sangat penting untuk di jaga. Ambil suplemen jika ingin terus sihat InshaAllah.

November 20, 2014 at 3:51 AM

Kalau kita buat health checkup mmg boleh tahu sebanyak mana lemak yg menutup organ badan kita. Mmg penting buat health check

October 7, 2015 at 8:29 PM

Nice artikel admin! Setuju sangat orang selalu angap yg mempunyai tubuh badan yg gemuk selalu jd mangsa diangap memiliki gaya hidup tidak sihat dan senang mengalami masah kesihatan tetapi lupa orang yg bertubuh langsing atau kurus juga tidak terkecuali akan mengalami masalah yg sama jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Jalani la pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun 1-2 kali bg mengetahui status kesihatan diri

October 17, 2015 at 1:15 AM

Info yg sangat2 berguna. Terima kasih!!!

Btw, tumpang tnya, ada kenal sesiapa yang nak jaga kesihatan, tak nak makan gula tapi suka minuman dan makanan manis? InsyaAllah, saya ada cara bantu mereka menikmati minuman dan makanan manis tanpa menaikkan kandungan gula dalam darah.

Nak tau lebih lanjut, whatsapp saya 018-6669390.

April 4, 2016 at 6:24 AM
This comment has been removed by the author.

Post a Comment