Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

Categories:

Terlebih kolesterol, tak dapat dilihat, tak dapat didengar. Tetapi apabila kolesterol melebihi tahap yang diperlukan, anda akan berdepan dengan risiko terjadinya sakit jantung, strok, and pelbagai jenis penyakit kardiovaskular lain. Campurkan tinggi kolesterol dengan lain-lain penyakit (keluarga yang mempunyai sejarah sakit jantung, lelaki berumur lebih 45 tahun dan perempuan berumur lebih 55 tahun, perokok, atau mempunyai darah tinggi dan kencing manis) anda akan berada dalam keadaan lebih bermasalah. Apa perlu anda lakukan? Pastikan sebatian lembut seakan lemak ini, kolesterol, dijaga dalam gaya hidup sihat rendah kolesterol disyorkan seperti di bawah:

Panduan Gaya Hidup Rendah-Kolesterol
Sudahkan tahap kolesterol anda diperiksa? sekerap yang disyorkan doktor? Dengan membuat pemeriksaan secara kerap, anda dapat tahu tahap sihat kolesterol anda. Anda boleh mengawal kolesterol dengan mengubah cara makan, dan menurut langkah pencegahan seperti disarankan dalam artikel ini. Dengan berbuat seperti disyorkan, anda dapat mengelakkan diri dari risiko sakit jantung dan pelbagai penyakit lain berpunca dari kolesterol.

1. Pemeriksaan Tahap Kolesterol
Pemeriksaan darah yang ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana hospital dan klinik, langkat paling bijak dalam mengetahu tahap kolesterol anda.

2. Mengubah Pemakanan
Turunkan berat badan bukan hanya melalui pemilihan bahan makanan berserat tinggi yang kurang kolesterol, namun pastikan juga kaedah memasak yang diamalkan setiap hari juga berupa rendah kolesterol.

3. Senaman Dan Latihan Fizikal
Bantu badan anda membakar kolesterol dengan senaman aerobik berjadual, boleh membantu anda mengurangkan risiko sakit jantung dan keinginan untuk merokok.

Adakah Anda Mengamalkan Gaya Hidup Tinggi Kolesterol?
Jika anda sendiri mengamalkan gaya hidup tidak sihat, kolesterol anda mungkin sudah berada pada tahap tinggi, atau mungkin akan naik lagi, seterusnya memberi risiko terhadap tahap kesihatan anda. Lihat adakah yang dibawah ini apa yang anda gemari? Lebih banyak persamaan, lebih tinggi risiko anda terhadap penyakit berkaitan kolesterol.

1. Makanan Yang Anda Beli
- beli banyak makanan proses dan makanan segera
- beli banyak makanan lemak tepu seperti susu lembu dan cheese
- beli banyak daging merah, kepak ayam dan lain-lain daging berlemak.

2. Apa Yang Anda Makan
- makan banyak makanan goreng
- suka makanan berkrim dan dicurah sos
- makan pencuci mulut yang tinggi lemak dan bercoklat

3. Cara Hidup Anda
- telah berhenti dari usaha mengurangkan berat badan
- tidak bersenam secara berkala
- suka merokok

Memahami Kolesterol
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein. Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan makanan berlemak secara berlebihan, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, yang lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.

Kolesterol yang anda makan dicerna dan dihantar ke organ hati (bukan jantung) untuk diproses. Hati anda kemudiannya mempakej kolesterol tadi untuk diedarkan ke seluruh bahagian badan.

Dimana Asalnya Kolesterol
Organ hati anda. Lebih banyak lemak anda makan, lebih tinggi kadar kolesterol dihasilkan hati. Sebahagian kolesterol juga berasal dari makanan tinggi kolesterol yang anda makan. Untuk mengankut kolesterol dan lemak ke seluruh badan, hati membuat pakej lipoprotein daripada gabungan lipid (lemak dan kolesterol) dan protein.

Jenis-Jenis Kolesterol
Ada 3 jenis kolesterol: VLDL (very low-density lipoprotein), LDL (low-density lipoprotein), dan HDL (high-density lipoprotein). Tiap satu dengan tugas berlainan dalam badan.

1. VLDL
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.

2. LDL
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.

3. HDL
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.

Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi.

1. Lemak Dihantar ke Organ Hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.

2. Hati Memasukkan Lemak Ke Dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah (kerja, kerja!) untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs (beg saya dah kosong! happy merayau), tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.

3. Sebahagian LDLs Terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap (oh! saya tersekat, tolong!) pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.

4. HDLs Menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.

5. Jika Anda Makan Banyak Lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!

Lakukan Pemeriksaan Kolesterol
Langkah pertama dalam pengawalan kolesterol yang bijak adalah melakukan pemeriksaan kandungan kolesterol dalam darah. Pemeriksaan tahap kolesterol boleh dilalukan di mana-mana hospital kerajaan dan swasta, klinik, pejabat doktor, booth-booth kesihatan di pasaraya dan sesetengah farmasi. Kebiasaannya pemeriksaan ini boleh dilakukan secara percuma atau dengan bayaran yang teramat murah. Sebaik sahaja anda tahu tentang tahap kolesterol anda, anda boleh mengetahui risiko anda terhadap serangan sakit jantung dan seterusnya memulakan langkah bijak ke arah pengawalan kolesterol yang berkesan.

1. Ujian Kolesterol
Ujian kolesterol ini biasanya dilakukan tanpa perlu persediaan. Bagaimanapun, anda kadang-kadang diharuskan untuk berpuasa dalam tempoh sehari sebelum membuat pemeriksaan kolesterol. Sampel darah akan diambil. Jika sampel darah ini dibawa ke makmal, beberapa hari diperlukan untuk anda mendapat keputusannya.



2. Bilangan Kolesterol
Kesemua ujian kolesterol akan memberi anda bacaan keseluruhan kolesterol. Anda juga mungkin diberi keputusan bilangan HDL dan LDL. Mungkin bilangan VDL tidak diberi.



3. Maksud Bilangan Kolesterol
Gunakan maksud di bawah untuk membaca keputusan ujian kolesterol anda.

Artikel Berkaitan:

24 Response to Kesihatan Jantung: Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

February 22, 2011 at 5:25 AM

Wah! ni lagi banyak info kesihatan... Hehehe, thanks kerana sudi bertandang ke blog saya.

February 26, 2011 at 7:05 AM

good! good!

March 1, 2011 at 1:33 AM

lemak dalam susu kambing menghasilkah kolesterol baik (HCL), sebab itu pengambilan susu kambing yang berterusan membolehkan penurunan kadar kolesterol dalam darah serta mengurangkan risiko stroke yang diakibatkan oleh saluran darah yang disumbat oleh lemak2 kolesterol...

Anonymous
March 2, 2011 at 7:50 AM

info berguna...thnksss

May 3, 2011 at 8:33 AM

colostrum adalah susu gred tahap tertinggi dan paling banyak mengandungi imunoglobulin dan faktor-faktor pertumbuhan, berkubu dengan kompleks lipid dalam bentuk gangliosida dan fosfolipid.......Kolesterol Anda Boleh Dikawal!

ma
June 18, 2012 at 7:13 PM

Tma sih tas info yg sgt bguna ni..

Anonymous
June 19, 2012 at 2:41 AM

sgt bergune utk sy,.....teruma kasih byk2 utk info

Anonymous
July 26, 2012 at 4:40 PM

Terima kasih untuk info yang sangat berguna.

April 16, 2013 at 8:15 PM

Lawati: http://www.facebook.com/pages/Farrali-Health-Natu... atau http://farrali.com.my/health-naturale-eecp/ InsyaAllah dapat membantu masaalah jantung tanpa pembedahan...lebih murah..selamat..dan berkesan. Atau hubungi En Yazry 019668786

May 14, 2013 at 7:58 AM

susu kambing terbaik

November 26, 2013 at 11:53 PM

Pengubah cara pemakan amat penting bagi mengelakkan tahap kolestrol yang tinggi. Pengambilan buah-buahan seperti jeruk nipis, mangga, avacado, blueberi dan anggur mempunyai khasiat yang tersendiri yang mampu menurunkan tahap kolestrol di dalam badan.

May 17, 2014 at 4:25 PM

Terima kasih .Info yang berguna untuk saya dan keluarga. tambahan pula seorang daripada ahli keluarga menghidap penyakit jantung. Alhamdulillah, selain amalkan cara pemakanan yang betul, boleh juga cuba CoQ Health. Khas untuk jantung. Dapatkan info lebih lanjut disini ...
http://www.multivitaminbest.com/2014/05/coq-health-plus-vitamin-terbaik-dalam-set-jantung-dan-kolestrol-lengkap-shaklee.html

June 5, 2014 at 1:31 AM

Terima kasih. Kolesterol ni selalu disebut-sebut tapi tak berapa ambil tahu. Tq for sharing :) Senang-senang jemput lawat kindhearty.blogspot.com

June 19, 2014 at 1:18 AM

Thanks for sharing..baru taw ade 3 jenis kolestrol sebelum ni taw 2 jenis je HDL dan LDL.

June 26, 2014 at 12:45 PM

Saya telah membaca beberapa info yang baik di sini. Sudah tentu bernilai bookmark untuk kembali melawat. Saya tertanya-tanya berapa banyak usaha anda meletakkan untuk membuat blog yang sangat bermaklumat ini. Excellent.

October 29, 2014 at 9:17 PM

Blog Kesihatan yang menarik dan padat dengan info. thanks for sharing. kita perlu menjaga kesihatan dan pemakanan yang seimbang. boleh juga mencuba phytocol dari shaklee yang khusus untuk menghalang kolestrol sehingga ke salur darah. untuk keterangan lanjut, boleh kunjungi http://amaninavitashop.blogspot.com/

November 10, 2014 at 5:19 AM

penjelasanya sangat lah komplit plus menarik, saya mendapat banyak manfaat setalah membaca blog ini, makasih
Tips Kesehatan dan Kecantikan

December 7, 2014 at 7:43 AM

Cara memilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol:

1. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih bahagian daging dan ayam kurang lemak.
2. Pilih bahagian daging yang kurang lemak (batang pinang). Buang sebanyak mungkin lemak yang kelihatan sebelum memasak.
3. Pilih bahagian ayam tanpa kulit atau buang kulitnya sebelum memasak. Dada ayam tanpa kulit merupakan bahagian yang paling kurang lemak.
4. Hadkan pengambilan organ dalaman.
5. Jika mengambil makanan yang diproses, baca Panel Maklumat Pemakanan dan senarai ramuan pada bungkusan untuk memilih produk yang rendah lemak dan garam (natrium). Daging atau ayam yang diproses seperti daging luncheon dan sosej biasanya mengandungi kandungan lemak dan garam yang lebih tinggi.

January 6, 2015 at 7:25 PM

Terima kasih untuk info ini. sangat berharga

May 5, 2015 at 7:45 AM

Menjaga kesehatan jantung perlu perawatan yang baik dan benar, artikel diatas cukup baik dan menarik untuk dicoba. Dan bermanfaat, semoga terus memberikan artikel begini untuk kedepannya. Tips Kesehatan dan Kecantikan

May 12, 2015 at 1:08 PM

nampaknya kena fahamkan betul betul konsep kolesterol, ramai yang salah faham lagi
TIPS KULIT CANTIK

May 29, 2015 at 5:16 AM

owh, itu maksud kolestrol, semua orang patut tahu dan ia perlu diambil berat. lebihan kolestrol amat berbahaya terhadap diri kita. kita perlu mengambil langkah untuk atasi masalah kolestrol ini seperti berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan. shaklee dapat membantu anda untuk mengurangkan kolestrol

July 27, 2015 at 9:51 PM

ternyata ribet juga ya menhitung kolesterol

August 2, 2015 at 7:25 PM

Mkasih informasi kolestrolnya bu ...manfaat buat kami yang awam

Post a Comment