Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Fiber VS Kalori: Cara Diet Kenyang Sepinggan Penuh

Categories:

Dari dulu lagi bila teringat pasal diet, ramai sudah biasa dengan konsep 'Jangan Makan', potong jumlah makanan, skip makan pagi ataupun tengahari, berlapar dan mesti sakit-sakit perut. Semua ini tidak betul dan salah dari segi kesihatan dan juga konsep diet yang sebenar.

Dalam setahun dua kebelakangan ini, konsep diet 'Pinggan Kosong' dah tak boleh pakai. Sekarang ada teknik diet dipersetujui pengamal perubatan moden iaitu diet 'Pinggan Penuh'. Macam mana? Diet kini bermaksud makan sampai kenyang, tak lapar langsung tapi badan boleh jadi kurus (bagi sesetengah orang, diet cara ini dah cukup untuk mengurangkan berat badan, tak perlu lagi bersenam lama-lama kalau semata-mata mahu kurus).

1. Diet Fiber

Diet fiber maknanya makan 100% (sepinggan penuh) tapi dengan pengetahuan pemakanan sekarang, komposisi/jenis makanan terutamanya lemak diganti bahan fiber. Bila fikir pasal fiber, semua fikir pasal 'makanan tiada zat'. Fiber yang dimaksudkan disini, fiber yang boleh diserap badan, fiber yang berkualiti seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan lain-lain.

2. Cuma Kurangkan Kalori

Topik artikel ini adalah pasal kurangkan berat badan. Memang terbukti hampir 98% orang yang berjaya menurunkan berat badan dan bertahan lama dengan hasil selepas turunkan berat badan, ialah orang yang mengambil sedikit kalori. Jadi perlu ke kurangkan makan sebab mahu hilangkan berat sedangkan asas untuk turunkan berat badan ialah 'kurangkan kalori?'. Jadi sila makan kenyang-kenyang. Cuma kurangkan kalori sahaja.

Memang fiber tiada kalori tapi memang boleh buat you all kenyang. Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain ada banyak fiber dan mudah untuk didapati. Jadi menurunkan berat badan dan bertahan dengan berat badan ideal memang mudah, semuanya tentang beli makanan berkhasiat, menyihatkan di pasaraya/pasar, beli makanan yang berkualiti dari kedai makan, order makanan yang betul dalam menu, dan makan hanya ketika lapar sahaja (dan jangan berlapar).

3. Kenapa Diet Gagal

Rasa kenyang ialah hasil daripada mengambil jumlah berat atau jumlah makanan yang dimakan, rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori. Jika makan kalori, berat mesti nak tak kira samada dah kenyang ataupun belum. Jika idea diet anda amalkan sebab mahu makan kalori tapi dalam kuantiti yang kurang dari sebelumnya, anda mungkin tertekan, berlapar dan mungkin takkan berjaya.

Kebanyakan plan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Tingkatkan makan fiber dalam menu, dan anda akan ada kurang bahagian untuk makan makanan berkalori tinggi, yang menjadi punca anda gemuk. Senang sahaja.

4. Kebaikan Diet Makan Fiber Tinggi

Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok, semuanya hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.

Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.

Diabetes? Fiber tidak mengandungi gula tepu, tambahan kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa 'overload'.

Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).

Lain-lain manfaat: - mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.

5. Cara Diet Fiber Sepinggan Penuh

Langkah 1:
- Makan banyak makanan mengandungi fiber.
- Minum banyak air (6 gelas sehari).
- Berhenti makan semasa tidak lapar.

Langkah 2:
- Makan banyak lagi fiber, makan fiber sebagai pembuka hidangan.
- Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
- Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas).

Jika anda satu dalam seribu yang serius pasal diet sepinggan penuh (Serius, memang satu dalam seribu yang berminat dan berdisiplin dalam diet fiber) dengan fiber, sila ikut langkah ketiga.

Langkah 3:
- Stabilkan makan fiber (40 gram sehari)
- Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan
- Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.

Share: http://bit.ly/ak21g8

Artikel Berkaitan:

3 Response to Fiber VS Kalori: Cara Diet Kenyang Sepinggan Penuh

Anonymous
February 17, 2014 at 1:21 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

Anonymous
February 17, 2014 at 1:22 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

May 29, 2015 at 5:39 AM

owh, maklumat ini dapat membritahu kita tentang pemakanan seimbang. dalam makanan kita perlu la seimbangkan pemakanan dari segi minyak, kalori, fiber dan lain. ikut la piramid makanan tu, insyallah sihat dan bertenaga kita nnti. shaklee dapat membantu anda untuk kekal sihat dan bertenaga

Post a Comment