Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Batuk? Lemon, Limau, Madu, Garam dan Kicap

Categories:

Cari di internet tentang cara tradisional mengubati batuk? semuanya akan berikan cara mengawal/ mengubati batuk yang hampir sama. Cuma pergi dapur dan gunakan limau, limau nipis, lemon, dan madu. Ada yang mencadangkan makan limau atau lemon, dan ada juga yang tambah madu bersama limau, ataupun madu sahaja.

Disini ada beberapa tips berasingan mengubati batuk menggunakan bahan memang sedia ada di dapur rumah:

1. Limau Nipis Dan Kicap
Cara paling mudah, minum sesudu kicap yang diperah beberapa titis jus limau nipis.
- Tuangkan kicap ke atas 1 sudu makan.
- Potong sedikit limau nipis (beberapa titis), perahkan jus kedalam kicap tadi.
- Kacau sehingga sekata menggunakan hujung jari.
- Minum perlahan-lahan dan jangan makan minum selama sekurang-kurangnya setengah jam (untuk kicap tadi meresap ke tekak).
- Amalkan dua atau tiga kali minum sehari.

2. Oren, Garam dan Didihkan
Cara sedikit rumit tetapi juga berkesan.
- Potong pada bahagian 1/3 oren, letakkan 1/2 sudu garam pada bahagian potongan
- Tutup bahagian potongan oren menggunakan oren tadi.
- stimkan oren selama 10 minit
- Makan oren ini kecuali kulitnya.
- Makan 2 atau 3 kali sehari.

3. Kunyit Dan Madu
Cara agak senang. Kunyit juga berkhasiat sebagai antioksida bagi mengelakkan kanser. Sila gunakan kunyit yang ditumbuk sendiri (serbuk kunyit segera di pasaran mungkin mengandungi pewarna buatan).
- Sediakan segelas air suam (atau susu kalau mahu sedap)
- Masukkan secubit serbuk kunyit (tumeric powder)
- tambahkan sesudu teh madu
- Minum 2 atau 3 kali sehari.

4. Lemon dan Madu Dididihkan
Cara mendidihkan lemon sebelum dipotong kulit dan diperah jusnya bagi mengelakkan denaturation enzyme (dari kulit lemon segar) mencemarkan jus.
- Masukkan sebiji lemon segar kedalam bekas berisi air.
- Panaskan sehingga mendidih selama 10-15 minit.
- Ambil lemon dididih tadi dan perah jusnya.
- Masukkan jus lemon kedalam 1/2 cawan madu.
- Minum 1 sudu teh campuran madu ini 3 kali sehari.

5. Air Bunga Cengkih
- Basuh sebungkus kecil bunga cengkih (clove)
- Rendam dalam cawan berisi air suam
- Minum air bunga cengkih dua kali sehari

Cara-cara di atas menggunakan khasiat Vitamin C dan Sitrus secara semulajadi bagi mengawal dan mengubati batuk. Selain cara ini, amalkan memakan bawang putih, carrot mahupun halia dalam masakan. Cara diatas juga terutama yang menggunakan madu boleh disediakan terlebih awal terutama semasa 'musim batuk'.

Cuma untuk melegakan batuk yang biasa-biasa sahaja. Sila berjumpa doktor untuk rawatan segera jika batuk lebih dari sehari dua bagi mengelakkan bronkitis (jangkitan/ radang pada salur pernafasan paru-paru).

Jangan minum ubat batuk orang lain, kerana ubat batuk berkesan bukan kerana ubat batuk itu sendiri, tetapi juga kerana dos ubat yang diambil. Selain, ubat batuk disediakan berbeza mengikut umur atas kesan sampingan yang diketahui terhadap otak.

Artikel Berkaitan:

15 Response to Batuk? Lemon, Limau, Madu, Garam dan Kicap

August 17, 2010 at 6:25 AM

kicap and limau?? =O

August 17, 2010 at 11:57 AM

bagus sekali petua2 ni, nak kena cuba bila batuk nanti, thanks

Anonymous
October 13, 2010 at 11:39 PM

honey + lemon = good! tengs yaww....

Anonymous
November 30, 2010 at 7:53 PM

emm...
mesti try ea

jai
March 20, 2011 at 11:08 PM

bagus petua ni...thanks u 4 this..

Anonymous
April 2, 2011 at 8:50 PM

mak slalu buat kicap+limau nipis.... sedap gak.. heheh...

June 11, 2012 at 2:19 AM

madu+limau nipis pun mujarab jugak...
biasanya sy guna kicap+limau nipis jer..sebab madu susah nak dapat yang ori...

Anonymous
February 17, 2014 at 1:11 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

Anonymous
February 17, 2014 at 1:20 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

May 7, 2014 at 1:04 AM

Mntab kali, info yang berguna

salam kenal, awa dari indonesia

January 27, 2015 at 6:48 PM

Salam, saya ingin mohon kongsi maklumat ini. ^_^

June 18, 2015 at 1:27 PM

Berminat madu kelulut asli boleh wsup 0193291084

June 18, 2015 at 1:28 PM

Berminat madu kelulut asli boleh wsup 0193291084

June 18, 2015 at 1:28 PM

Berminat madu kelulut asli boleh wsup 0193291084

November 12, 2016 at 6:27 AM

thanx... nak try kat anak ni. madu + limau nipis

Post a Comment