Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Amalan Khal (Cuka Buah) Dalam Sejarah Dunia

Khal (cairan cuka dari buah-buahan) mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Khal merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen. Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi Khal. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi khal, memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali khal semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.

Kisah Saya Pengamal KHAL TAMAR Plus


Sebelum saya menyertai syarikat sebagai Rakan Niaga, saya adalah pelanggan bagi produk Khal Tamar Plus. Ketika usia makin meningkat, sebaliknya pula berlaku pada tahap kesihatan saya. Badan terasa lebih berat, cepat letih malah sering demam, selesema dan batuk-batuk terutama ketika berlakunya musim perubahan cuaca di pantai timur. Atas inisiatif sendiri, saya mula tertarik kepada pelbagai jenama makanan kesihatan. Saya membeli kopi XYZ berharga RM39. Alhamdulillah badan kembali selesa dan bertenaga.

Namun, keberkesanan kopi XYZ mencurigakan saya. Pantas berkesan tetapi seakan terpaksa terikat selalu membeli kopi XYZ, jika tidak badan kembali letih. Malah ada khabar angin tentang steroid dan ketagihan.

Seterusnya saya mencuba biji goji herba China. Berkesan untuk mengelakkan risiko kolesterol dan darah tinggi, namun tidaklah secara menyeluruh. Harga makanan kesihatan berjenama pula kebanyakannya terlalu mahal, bersumber sebatian sintetik dan hanya indah nama berbanding khasiat sebenar.

1. KHAL TAMAR PLUS
Suatu hari ada kenalan memperkenalkan KHAL Tamar Plus. Dengan perasaan sedikit curiga, saya bagaimanapun membeli KHAL Tamar Plus 1 Liter dengan harga RM90 sahaja.

Mengkagumkan, disebalik rasanya yang masam, badan terasa lebih ringan, rasa cepat mengantuk dah hilang, dan KHAL seakan produk semua dalam satu, berkhasiat sebagai penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit kronik. Dalam usia sekitar 50 tahun, terasa lebih yakin dengan kesihatan diri. Baru-baru ini ada berjumpa doktor dan alhamdulillah saya masih bebas dari sebarang penyakit.

2. KHAL Amat Berkesan
Ada buku kecil disertakan bersama setiap pembelian. Saya berikan buku kepada kenalan seusia. Alhamdulillah, nampak kesannya. Beri sebotol kepada mak mertua yang lanjut usia, kini mak mertua saya juga makin senang bergerak, bebas dari darah tinggi, penglihatan lebih baik, jelas lebih gembira. Beri kepada kenalan yang merana diabetes lebih tiga tahun, syukur sihat, mampu berjalan normal seperti sebelum sakit, berkebun, dan siap boleh pergi umrah (tahun 2010).

KHAL bertindak dari dalam sebagai air 'pembersih', membersihkan kembali seluruh badan dari segala macam ancaman, termasuklah terhadap kesan sampingan ubatan sintetik, bakteria berbahaya dan toksik. KHAL termasuk herba Khazanah Perubatan Islam adalah asli, 100% dari tamar matang dan madu dari Negara Iran. Saya tidak perlu mengikut jadual program pemakanan, juga KHAL boleh dianggap sebagai makanan berkhasiat tinggi tanpa perlu bimbang langsung akan side effect.

3. Status KHAL
Logo Halalan Thoyyiban, pelbagai ijazah perubatan Islam dari Arab dan Eropah dimiliki Utz. Jamil (Ahlus Syifa') selaku pengkaji, dikilangkan di kilang berstatus GMP, dan status KHAL Tamar Plus sebagai produk KHAL pertama diperkenalkan di Malaysia sejak 2005 lebih meyakinkan saya sebagai pengguna muslim.

4. Kualiti Tertinggi Harga Terendah
Sekarang, saya tidak hanya mencuba KHAL, malah tergolong di kalangan pengamal KHAL. Hanya RM90 seunit atau lebih rendah RM77 (harga ahli) untuk anggaran sebulan. Mendapat kesihatan yang baik adalah suatu anugerah yang tidak ternilai bagi saya untuk kualiti hidup yang lebih baik.



Cara Paling Malas dan Murah Untuk Kekal Kurus dan Sihat

Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat; dengan cara yang paling murah.

1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.