Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Hanya Perlu Percaya dan Anda Akan Sihat

Categories:

Placebo (Latin = Saya akan okay), adalah satu cara perubatan menggunakan bahan tidak aktif sebagai ubat atau cara merawat masalah kesihatan pesakit. Umumnya mengetahui, placebo adalah satu bukti mencapai kesihatan hanya dengan berfikir secara positif.

Ini bererti placebo adalah satu kaedah menipu pesakit dalam pengambilan ubat-ubatan (etika perubatan mengarahkan sesetengah pesakit diberitahu tentang pil placebo yang diambil, jika ada), tetapi terbukti berkesan dan boleh menyembuhkan pesakit. Malah, dalam banyak kes, placebo masih menunjukkan tahap keberkesanan yang menakjubkan (1 daripada 3 pesakit) walaupun pesakit telah dimaklumkan tentang..


"hari ini awak ambil pil gula placebo, ubat ini bertanda placebo, placebo bermaksud ini bukan ubat ini hanya pil samaran tanpa sebarang ubat, tetapi harap awak sihat."

1. Jenis-jenis placebo:
Placebo bukan bermaksud pil sahaja. Placebo boleh juga bermaksud 'perubatan olok-olok' seperti diet, senaman, terapi fizikal, malahan pembedahan. Kesan placebo (= placebo effect) dirangsang oleh kepercayaan pesakit terhadap amalan perubatan yang diberi serta kepercayaan pesakit terhadap kemampuan diri sendiri untuk sembuh dan sihat.

2. Khayalan minda, sakit dan sembuh:
Jika seseorang sembuh selepas mengambil rawatan/ubatan olok-olok, adalah logik jika dikatakan penyakit yang dialami pesakit juga sebenarnya khayalan/was-was pesakit sahaja. Namun, kajian menunjukkan sebaliknya. Ini berlaku kerana sakit yang dialami juga sebenarnya banyak terjadi hasil dari keadaan psikologi pesakit. Contohnya: Stress (psikologi) adalah penyebab bagi sakit fizikal peningkatan darah tinggi, hypertensi kronik adalah faktor bagi sakit jantung dan lain-lain.

Jika minda boleh mendatangkan penyakit, minda juga boleh menjadi punca penyembuhan.

3. Faktor placebo berfungsi dengan baik:
a) Jika pil placebo (keadaan fizikal) kelihatan seperti ubat sebenar dan ditampilkan sebagai sejenis ubat, kemungkinan untuk pesakit mempercayai pil placebo mengandungi ubat adalah lebih tinggi. Keadaan ini juga kadangkala menjadi faktor terhadap mengapa sesetengah pesakit diarah mengambil dos pil placebo yang lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sama tahap kerana pesakit tersebut percaya makan ubat lebih banyak  maka akan cepatlah sembuh. Untuk kesan lebih dramatik, placebo melalui suntikan jarum diakui amat berkesan.
b) Perangai pesakit: Jika pesakit mempercayai bahawa kaedah rawatan yang diambil pasti berkesan, kemungkinan untuk pesakit sembuh adalah lebih tinggi.
c) Hubungan doktor dan pesakit: Jika doktor berjaya membuat pesakit percaya (eg: doktor ini pakar, doktor ini terkenal), kemungkinan untuk pesakit sembuh melalui kaedah placebo adalah lebih tinggi.

4. Contoh-contoh placebo:
a) Bawang putih lebih berkesan melawan virus (eg: selesema) berbanding Vitamin C, namun kepercayaan pengguna terhadap Vitamin C lebih tinggi, jadi Vitamin C menjadi amat mujarab.
b) Kebanyakan doktor akan memberi pil placebo bagi menghilangkan sakit kepala yang dialami pesakit.
c) Bomoh dan pawang adalah bukti wujudnya placebo yang amat berkesan.

Namun, contoh placebo diatas berkesan merawat sakit biasa-biasa sahaja. Ilmu perubatan moden masih diperlukan bagi perawatan tahap serius seperti pembedahan.

5. Contoh kajian positif placebo:
a) Placebo berjaya (59% pulih secukupnya) mengurangkan rasa kerengsaan/gatal/iritasi akibat bowel syndrome.
b) Scan otak dalam kajian penggunaan placebo positron emission tomography (PET) terhadap rasa panas (eg: simulasi air panas kopi) menunjukkan otak tertipu dan merembeskan opioids, sejenis bahan kimia yang melegakan kesakitan yang selalunya dikeluarkan oleh badan.

    Artikel Berkaitan:

    6 Response to Hanya Perlu Percaya dan Anda Akan Sihat

    May 16, 2011 at 6:02 PM

    Salam bro,

    Adakah keberkesanan placebo ini telah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian yang dilakukan pada zaman moden ni.

    Ini kerana penyakit zaman sekarang terlalu pelbagai dan bahayanya pula tidak dapat diragukan lagi.

    May 17, 2011 at 4:36 AM

    @Kidney Expert

    Soalan dijawab pada tambahan #5 Contoh kajian positif placebo...

    January 14, 2012 at 7:42 AM

    wah info yang sangat hebat! boleh apply terhadap diri sendiri ni :)

    October 6, 2012 at 10:54 AM

    Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.50/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    February 18, 2014 at 7:59 AM

    Kekuatan minda akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita. Sakit, sihat semuanya bermula dari minda. Anda yang memiliki mInda yang positif yang kuat lebih sihat daripada orang yang berminda negatif.
    Kuatkan minda dan perbaiki kesihatan dengan tsunamitsamarat.com

    October 2, 2015 at 7:09 PM

    Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.

    Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    Post a Comment