Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Stress (Tekanan): Terkawal Mahupun Memudaratkan

Categories:

Hidup moden penuh dengan kesibukan, tarikh akhir, kekecewaan dan kehendak sekeliling. Bagi kebanyakan orang, tekanan (stress) adalah lumrah hidup. Dalam keadaan stress yang sederhana dan terkawal, stress boleh menjadi pemangkin, memberi upaya untuk seseorang untuk melakukan yang terbaik dan berjaya. Namun jika kita secara kerap berada dalam keadaan tertekan, badan mungkin terpaksa membayar padahnya.

‘‘Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri,” (Utusan Malaysia, Januari 2011)

1. Memahami Stress (Tekanan)
Stress adalah keadaan normal badan dalam menghadapi bahaya ataupun terasa dikecam. Apabila anda berada dalam keadaan bahaya, badan biasanya akan memberi tidakbalas tersendiri. Dalam keadaan terkawal, adrenalin ditambah menyebabkan badan dan fungsi otak menjadi bertenaga. Mampu mengerah dengan menutup sebahagian fungsi dan memberi tumpuan kepada kepekaan (fokus), tahap berfikir dan tindakbalas sekali ganda berbanding normal bagi membolehkan seseorang terus hidup (contoh: ketika menghindari kemalangan).

Tindakbalas stress juga membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya tumpuan terhadap kecemerlangan dalam memberi penerangan (presentation), pelajar menjadi fokus dalam mengulangkaji ketika hampir hari peperiksaan daripada biasanya dihabiskan untuk menonton tv dan lain-lain.

Namun, melebihi dari tahap tertentu, stress boleh mendatangkan mudarat. Stress tidak terkawal sebegini (walaupun seseorang itu nampak tenang) namun berupaya memulakan kerosakan terhadap kesihatan, mood, produktiviti dan hubungan kita dengan seseorang, juga kualiti hidup.

2. Badan Tidak Mengenal Punca Stress
Keburukan stress adalah keseluruhan sistem tindakbalas badan tidak mampu mengenali samada stress yang dihadapi adalah dalam bentuk a. fizikal mahupun b. psikologi. Tekanan berjam-jam dalam kesesakan jalanraya, pekerjaan dan sebagainya mengarahkan badan memberi tindakbalas yang sama seperti anda dalam situasi hidup/mati. Jika anda sentiasa serius dan risau, tidak mustahil badan anda sentiasa 'on' terhadap stress. Lebih kerap badan anda diaktifkan bagi memberi tindakbalas terhadap stress, lagi sukar keadaan badan untuk 'off' dan ini memudaratkan.

3. Perubahan Keadaan Badan Semasa Stress
- Degupan jantung dan tekanan darah lebih tinggi meningkatkan pengaliran darah ke otak; meningkatkan tahap rasional berfikir,
- Gula dalam darah meningkat (untuk penguraian glukosa, lemak dan protein sedia-ada) memberi lebih tenaga kepada badan
- Darah dipesongkan dari mengalir ke perut ke arah otot di tangan dan kaki membolehkan anda berlari lebih laju dalam menyelamatkan diri.

4. Penyakit Akibat Stress
Pendedahan berpanjangan terhadap stress boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan berbangkit. Stress yang kronik mengacau hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizial (dalaman/luaran) akibat sistem badan tidak diregulasi secara normal.

5. Gejala Penyakit Akibat Stress
Sakit kepala (migrain) - akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan keatas gusi
Jarang bermimpi ketika tidur - tidur tidak nyenyak
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya menyenangkan jangkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan sebab estrogen, tetapi kerana logik stress semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alergic berlebihan - imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alergic
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stress menyebarkan tidakbalas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal.

6. Berapa Banyak Stess Yang 'Terlebih'?
Bergantung kepada individu. Jadi adalah penting untuk kita memahami badan dan mengenalpasti had diri sendiri terhadap stress. Seseorang mampu menerima banyak kali tumbukan berbanding orang lain, dan seseorang mampu menghadapi tekanan hidup lebih tinggi berbanding orang lain.

'Steve (Paul) Jobs pernah mengatakan dalam satu wawancara jika beliau betul-betul boleh bercuti, beliau mahu bercuti sepenuhnya di tengah-tengah bandar New York'.

Keupayaan kita bagi menghadapi stress bergantung terhadap pelbagai faktor: kualiti hubungan, pandangan terhadap kehidupan (world view), kebijaksanaan emosi, pengetahuan dan genetik.


7. Adakah Anda Mengawal Stress, atau Stress Mengawal Anda?
- Jika diancam, adakah anda mampu bertenang?
- Bolehkan anda berinteraksi bersama rakan dan seterusnya mengurangkan marah?
- Apabila balik rumah setiap malam, adakah anda rasa marah mahupun tenang?
- Adakah anda emosional?
- Bolehkan anda mengesan stress yang dihadapi orang sekeliling?
- Jika rasa lesu, bolehkah anda menjadikan badan kembali bertenaga?

8. Stress Dan Anda
- Sesetengah orang gembira berucap manakala orang lain risau
- Seseorang mampu memberi kerja terbaik dekat tarikh akhir manakala sesetengahnya teruk
- Ada orang cenderung membantu ahli keluarga yang menghadapi kesusahan manakala ada orang yang menganggapnya sebagai bebanan.
- Adakalanya perubahan dihadapi memberi peluang kepada si A manakala si B menganggapnya sebagai ancaman.

9. Tips Mengurangkan Stress
A. Diet/Pemakanan
- Vitamin C dan magnesium: membantu otak merembeskan seratonin, hormon yang mengawal perasaan (mood).
- Zink dan vitamin B-kompleks: melawan radikal bebas, toksin dalam udara dan produk sampingan semasa pencernaan di perut.
- Sayuran, buah-buahan dan kekacang: mengandungi mineral dan vitamin bagus untuk menghilangkan stress.
B. Perbuatan/Sikap
- Rehat seminit dua: Terima stress sebagai lumrah hidup dan stress dihadapi kali ini akan pergi/diselesaikan juga sama seperti kerja-kerja lain.
C. Urutan/Meditasi
- Akupuntur sendiri: Berikan tekanan kecil menggunakan ibu jari di bahagian dada atas (dibawah tulang rusuk pertama) selama seminit.
- Meditasi ringkas/yoga: 10-25 minit untuk refleksi menyenangkan.
- Bernafas dalam-dalam: 5 minit.
D. Luangkan sedikit masa melakukan perkara disukai diri sendiri

Artikel Berkaitan:

13 Response to Stress (Tekanan): Terkawal Mahupun Memudaratkan

April 4, 2011 at 11:21 PM

Aduh stressnya aku..thanks for the info...

Anonymous
December 16, 2011 at 12:40 AM

ya.. saya mmg suda lama mengalami stress... sehingga saya rasa hidup x bermakna lagi...

March 13, 2012 at 2:40 AM

THANK FOR THE INFO :)

April 29, 2012 at 10:12 PM

ya.. saya mmg suda lama mengalami stress... sehingga saya rasa hidup x bermakna lagi..<<<sama dengan saya. . . .

April 29, 2012 at 10:13 PM

sudah banyak kali saya mahu cuba membunuh diri. . .

Anonymous
February 17, 2014 at 1:11 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

February 23, 2014 at 10:30 AM

Miss yatee,banyakkan sabar dan bertenang.apa yg berlaku biarkan berlaku.offkan suis,.....buka suis baru dlm hidup.berpindahlah atau setidaknya bercuti ke tmpt yg betul2 asing.dan paling penting,beribadatlah kepada yg maha Esa.saya 100% yakin masalah boleh selesai atau sekurang2nya hidup akan lebih bermakna.........

February 14, 2015 at 4:56 AM

Saya cuba bersabar kerana stress ini sgt sukar dikawal ia datang sendiri dalam diri saya sejak 3 bulan yg lalu.

May 29, 2015 at 5:24 AM

info yang bagus. stres ini banyak keburukan for our health. kita mesti mengatasinya dengan bijak dan tenang.stres ni payah nk kawal kalau x sabar. so, ambil masa sedikit untuk tenangkan diri agar stres dapat diatasi. buat kerja dengan tenang dan sabar.

May 29, 2015 at 5:24 AM

info yang bagus. stres ini banyak keburukan for our health. kita mesti mengatasinya dengan bijak dan tenang.stres ni payah nk kawal kalau x sabar. so, ambil masa sedikit untuk tenangkan diri agar stres dapat diatasi. buat kerja dengan tenang dan sabar.

Anonymous
July 8, 2015 at 2:05 AM

Kadangkala melakukan sesuatu kerja dalam keadaan stress ada baiknya..sesetengah orang waktu stress la berbagai idea akan timbul..waktu ni la kita dapat cungkil potensi diri kita yang terpendam..tapi kalau asyik stress saja..buruk padahnya..binasalah tubuh badan dan fikiran..apa yang penting ialah bagaimana cara untuk kita atasi stress tersebut..bukan lari daripada masalah..

September 12, 2015 at 2:11 AM

Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih.

Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

1. DIABETES
2. PENYAKIT JANTUNG
3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
6. GANGRENE
7. TIROID
8. STROK
9. DAN BANYAK LAGI...

CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

April 6, 2018 at 9:09 PM

Terima kasih atas informasi.
Gaya hidup sekarang memang tak dapat lari dari stress..
Berusaha untuk yang terbaik, hidup kan ada "PILIHAN"
Semoga yang terbaik untuk kita semua

Maryna Aleesha
www.marynaaleesha.com

Post a Comment