
Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.
1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad
2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.
3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.
3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.
Artikel Blog Luar›
1. 6 Rahsia Rasullullah saw kekal sihat
2. Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
3. Tips pemakanan moden yang tidak selari dengan amalan Nabi
24 Response to Cara Makan Sunnah Nabi SAW, Sebahagiannya Kuno Tetap Logik Secara Saintifik
thx 4 the info. my mom ade gak bg petua kalo mkn jgn campur2kn mknan darat n laut sbb ley sbbkan keracunan makanan
baagus info neh :)
selamkan lalat tu mmg 1st time dgr. thanks for the info
selamkan lalat tu mmg pernah dengar..
tapi tu laa..
klo cawan kecik..
nk selamkan mmg susah..
ye, bila baca artikel ni baru faham lagi :)
selalu kite ni main makan je, tambah sini, tambah sana..pastu ngadu sakit..
Mai sama sama ikut cara nabi ... Insyaallah kekal sihat sepanjang hayat
nice info!
baru tau pasal lalat tu.. nanti nak research balik.. =]
tak kan cara makan jer ikut sunah nabi,yang lain camna pulak
pelik..kalu dari kecil terdidik mkn mcmni kn bagus..kt sklh pun cikgu tk ajar..kt umah mai telan jer ape yg lintas..hikhikhik
salam... bley bgkan dalil dr hadis ttg kesahihan mencampur mkanan laut n darat ni... sbb sy peminat tomyam... :)
nice info...
i luv islam,hehe
Salam.. Tq untuk info.. Kita ni dah banyak terpengaruh dgn budaya barat, selalu makan buah2an selepas makan sebagai dessert (pencuci mulut) walhal kalau mengikut sunnah sebelum makan..
nice info. nk share dlm blog.
slo2...try ikut cara pemakanan sunnah nabi. mudah-mudahan Allah memberi kita hidayah untuk mengikuti sunnah2 yang lain. Banyak juga info kat cni utk dijadikan research, Allah maha mengetahui :)
Boleh bagi bukti dan sumber yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. mengajarkan untuk tidak bercampur makan daging, cuka telur dan sebagainya dengan susu? saya pernah juga terbaca tentang perkara ini dulu, namun masih samar-samar..
http://rozaimiramle.blogspot.com/2012/09/adakah-mengambil-sedikit-garam-sebelum.html
http://ohr.edu/ask_db/ask_main.php/192/Q2/
tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143
Macam mana dengan makanan sunnah? Contoh susu kambing, kurma, kismis, habbatussauda', madu, delima, buah tin, buah zaitun, za'faran. Boleh ke semua ni digabungkan menjadi 1 makanan.
thanx for the info
thanks for sharing the info. amalan sunnah ini perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. amalan sunnah ini merupakan amalan yang paling baik sekali yang perlu kita buat. nampak di mata orang macam kuno but penuh dengan keberkatan. so, sama sama la kita amalkan sunnah ini
thanks for sharing the info. amalan sunnah ini perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. amalan sunnah ini merupakan amalan yang paling baik sekali yang perlu kita buat. nampak di mata orang macam kuno but penuh dengan keberkatan. so, sama sama la kita amalkan sunnah ini
"Cara install software palsu bajakan di Mac Osx Sierra, Cara mengeluarkan Allow apps downloaded from Anywhere di Sierra Osx"
http://zapplerepair.com/cara-install-software-palsu-bajakan-di-Mac-Osx-Sierra.html
Post a Comment