Artikel Kesihatan. Kemaskini setiap minggu.

Kesedaran: Wujudnya Mitos Kesihatan Di Kalangan Pengguna

Categories: , ,

2 of 2nd 365 (dumbledad)
Artikel ringkas tentang informasi kesihatan yang tidak benar, berlegar dalam hampir keseluruhan pengetahuan pengguna akibat iklan berterusan pengeluar makanan pelbagai jenama dalam menarik pembeli dan pelbagai faktor lain:

1. Makan Lobak Merah Meningkatkan Daya Penglihatan
Benar lobak merah (carrot) mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi (kekurangan vitamin A boleh membutakan). Namun, tidak kira berapa banyak vitamin A yang dimasukkan ke dalam badan, mata anda tidak akan menjadi mata robot, boleh melihat sejelas-jelasnya seperti kanta X-ray. Walaubagaimanapun, lumrah setiap sesuatu saling berkait. Apabila anda mengalami kesusutan vitamin A, makan lobak merah boleh membantu meningkatkan kembali tahap penglihatan.

2. Memakai Losyen Menghindari Anda Dari Kanser Kulit
Kebenaran di sini, pemakaian losyen perlindungan sinar UV boleh membuatkan anda sebagai pengguna rasa terselamat dari kanser akibat pendedahan terus cahaya matahari. Sebenarnya, losyen pelindung UV sekalipun tidak memberi perlindungan 100% kepada kanser akibat UV. UV masih boleh mencapai bahagian kulit anda. Mungkin dapat mengelakkan rasa kulit terbakar, namun perubahan genetik akibat terdedah pada cahaya matahari masih boleh berlaku. Jadi tidak kira dimana anda berada, jangan terlalu suka berjemur, kesan ekologi rumah hijau abad 21 akibat industri kita manusia patut dipersalahkan dalam hal ini.

3. Boleh Mendapat Kanser Makan Makanan Barbeku/ Bakar
Akibat kajian saintis pada asap hitam (ash), semua yang dibakar menggunakan arang dan mengeluarkan asap hitam dikatakan pemangkin kanser (carcinogen). Walaupun benar asap hitam mengandungi heterocyclic aromatic amines (HAAs), tiada bukti perkaitan terus yang menunjukkan makanan barbeku/dibakar boleh menyebabkan kanser. Ini kerana bahan carcinogen (walaupun ada) yang terdapat dalam makanan barbeku adalah terlalu sedikit (not biologically significant) tidak mencapai tahap yang boleh memulakan kanser dalam badan.

4. Bintil Pada Payudara Bermaksud Anda Menghadapi Kanser Payudara
Hampir 80% benjol/bintil pada payudara bukan bersifat kanser. Kadangkala, bintil ini hanya cysts ketumbuhan kecil tidak aktif akibat sisa buangan puting, dan perkumpulan kalsium pada payudara kesan kecedara mahupun lebam, perubahan hormon mahupun jangkitan biasa. Namun, jika anda mengesan bintil pada payudara, digalakkan mendapatkan pemeriksaan doktor untuk pengesahan, pengesanan kanser payudara pada peringkat awal adalah penting dalam mengelakkan mudarat.

5. Diet Rendah Lemak Adalah Cara Sihat Mengurangkan Berat Badan
Pengambilan makanan rendah lemak (jika keterlaluan), boleh menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk pertumbuhan badan yang sihat. Hakikatnya, obsesi pada makanan rendah lemak dikatakan menjadi punca kepada penentangan badan terhadap insulin. Cara terbaik dan sihat untuk mengurangkan berat badan adalah hanya melalui pemakanan seimbang dan senaman berterusan.

6. Pisang Menggemukkan
Sebenarnya pisang adalah rendah lemak, hanya setengah gram lemak dan 95 gram kalori di dalamnya. Malah, pisang adalah tinggi potassium dan pelbagai pakej kesihatan yang banyak. Juga, pisang adalah lebih berkhasiat berbanding epal.

7. Tidak Mengapa Langkau Makan Pagi/Sarapan
Sarapan adalah penting. Sebenarnya makan pagi juga boleh diibaratkan sebagai sesi berbuka puasa setelah semalaman tidak makan (tidur). Walaupun ramai orang dapat mengembalikan tenaga semula pada sesi makan tengahari, namun tiada sesi makan yang lebih efisien berbanding serapan khasiat dan tenaga yang mampu diperolehi akibat bersarapan.

8. Orang Gemuk Kerana Memiliki Metabolisma Badan Yang Rendah
Mitos ini adalah tanggapan biasa di kalangan mereka yang mengalami kegemukan. Namun, anda tidak boleh menyalahkan faktor ini sahaja terhadap keadaan fizikal anda yang berlebihan berat badan. Malah, kajian terkini menyatakan orang gemuk memiliki tahap metabolisma badan yang lebih tinggi berbanding orang biasa, dalam erti kata lain, orang gemuk kebiasaannya cepat lapar.

9. Anda Hilang Banyak Haba Melalui Kepala
Tiada keistimewaan langsung antara haba badan dan bahagian kepala anda. Haba badan boleh keluar melalui mana-masa sahaja bahagian badan yang tidak tertutup.

10. Suhu Sejuk Menyebabkan Anda Sakit
Dalam kajian pindahan penyakit akibat suhu sejuk, mereka yang berehat di dalam rumah lebih mudah jatuh sakit berbanding mereka yang keluar masuk. Kebarangkalian suhu sejuk menyebabkan ramai berlindung di dalam rumah dan pada masa yang sama pengudaraan yang tidak baik dan keadaan lembap memberi kelebihan bagi bakteria terperangkap menjangkiti anda.

11. Perlu Buang Air Besar Sekurang-kurangnya Sekali Sehari
Pendapat ini hanya setengah betul. Kerap buang air besar memang benar boleh mengilangkan rasa tidak selesa dan sembelit namun orang yang sihat tidak semestinya perlu membuang air besar setiap hari. Malah sembelit hanya didefinasikan sebagai orang yang membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu.

12. Makanan Yang Terjatuh Dan Diambil Kembali Cepat-Cepat Adalah Selamat
Makanan yang terjatuh pada lantai tile dan kayu mengambil bakteria dengan banyak. Makanan yang jatuh diatas karpet bersih bagaimanapun tidak mengambil banyak bakteria namun mengambil bulu karpet yang terlekat padanya.

Artikel Berkaitan:

2 Response to Kesedaran: Wujudnya Mitos Kesihatan Di Kalangan Pengguna

Anonymous
March 16, 2013 at 5:06 PM

Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I've really enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

Also visit my web site :: costa rica all inclusive

Anonymous
February 17, 2014 at 1:19 AM

tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143

Post a Comment